Di Malaysia, kisah Siti Aisyah seorang warga tempatan yang dijadikan hamba di London sedang hangat deperkatakan oleh orang ramai. Aisyah yang dipercayai dikurung serta menjadi hamba selama 30 tahun di negara asing tersebut.

Pada tahun 1968, Aisyah telah berangkat ke London bersama tunangnya untuk mencapai cita-citanya demi masa depan keluaranya tetapi terpesong angkara terlibat dalam politik melampau. Aisyah juga terpengaruh untuk mengikut ajaran Maoist. Aisyah terpengaruh oleh rakannya Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa rela melebihi tiga dekad lalu di London.

Kamar Mautum Abdul Wahab, 73, yakin bahawa wanita yang dikurung serta dijadikan hamba itu adalah adiknya yang telah hilang sejak 30 tahun lalu.
Kamar berkongsi sedikit cerita mengenai keluarga mereka yang merindui Aisyah sejak kehilangannya. Aisyah adalah seorang anak kesayang kepada arwah ibu mereka. Kamar berkata arwah ibunya pernah mewasiatkan supaya mencari Siti Aisyah dan sebelum ibunya meninggal dunia Siti Aisyah enggan bercakap dengan keluarga mereka di Malaysia.

-sumber daripada The Daily Telegraphs