Sedikit pengetahuan umum yang perlu kaum Adam dan Hawa ketahui sebelum menempuh alam perkahwinan. Ustaz Azhar Idrus pernah membicarakan tentang tiga nafkah zahir yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya.

PERTAMA adalah nafkah dari segi makan dan minum
Nafkah makan minum yang wajib diberikan adalah DUA kali SEHARI sehinga kenyang dan selebihnya adalah SUNAT. Tetapi, jika isteri jenis makan banyak, misalnya sekali makan satu periuk, maka wajiblah suami beri makan dua periuk nasi sehari! Suami jangan berkira sangat sebab siapa suruh kahwin dengan perempuan kuat makan.

KEDUA adalah nafkah pakaian
WAJIB beri dua pasang “set lengkap” setahun dan selebihnya adalah SUNAT. Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut dan pakaian dalam. Lain-lain adalah SUNAT dan suami janganlah berkira dengan isteri sebab isteri ada banyak jasa juga dengan suami.

KETIGA adalah nafkah tempat tinggal
WAJIB memberi tempat perlindungan kepada isteri mengikut kemampuan tidak kiralah banglo, pangsapuri, kondominium, teres dan lain-lain asalkan sesuai dan selamat buat isteri.

Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Sekiranya, isteri kata “Abang, tak payah beri nafkah,” maka suami itu tidak berdosa. Tetapi sekiranya suami mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga nafkah di atas maka haram dan berdosa besarlah suami itu dan mengakibatkan SOLAT dan SEGALA AMALAN yang lain tidak diterima.

Ingat!
Jika ISTERI derhaka pada SUAMI, maka segala amalan isteri DITOLAK,
Jika SUAMI abaikan tanggungjawab pada ISTERI, maka segala amalan suami DITOLAK.

sumber: beritakl.com